Dengan berlakunya pandemik Covid-19 di seluruh negara, anggota kumpulan K-Clique, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin mengakui berasa bersyukur kerana dirinya kini mempunyai lebih masa untuk dirinya sendiri.

MK berkata, dia dapat meluangkan masa serta memperbaiki kesilapan diri yang pernah dilakukan oleh dirinya sepanjang pandemik Covid-19 ini berlaku.

Lalu, penyanyi berusia 25 tahun ini menganggap dan memandang kejadian pandemik Covid-19 ini sebagai satu perkara yang positi bagi dirinya.

“Semasa pandemik dan ‘lockdown’ ini sebenarnya ada banyak kelebihan, kita akan ada banyak masa untuk diri kita sendiri,

“Macam saya sendiri, saya dapat banyak meluangkan masa dengan kawan-kawan dan masa untuk bersendiri,

“Jadi bila kita bersendirian ni kita ada masa untuk berfikir kesilapan kita yang pernah kita lakukan sebelum ini. Bukan itu sahaja, ada banyak benda yang kita boleh sedar dan perbaiki diri sendiri,

“Alhamdulilah, pandemik ini banyak membantu untuk diri kita sendiri dari segi kehidupan dan masa akan datang, InsyaAllah,” katanya.

 

Selain MK, Tuju, Loca B dan DJ Cza telah ditemui oleh media di satu sidang media yang diadakan secara virtual bagi mempromosikan lagu single terbaru berjudul VETO, pada Selasa petang.

Foto: Instagram MK

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here