Pelakon dan usahawan, Zoey Rahman ada berkongsi satu rakaman panggilan video bersama dengan selebriti sensasi, Zarina Anjoulie di laman media sosial Instagram miliknya.

Bagaimanapun, rakaman video yang telah dikongsi oleh pelakon kelahiran Terengganu itu berada dalam keadaan mod senyap.

Mencuri perhatian ramai, apabila pelakon berusia 36 tahun ini dilihat seperti menjalinkan hubungan istimewa bersama Zarina selepas aktor tampan ini menulis simbol ‘love’ di ruangan kapsyen entri berkenaan.

“3:33 Bila dua ketul ni Dok jauh, agak2 Apa yg kita org cakap? Hahaha ❤️ @anjoulielavocah1,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZOEY RAHMAN (@zoeyrahman)

Lalu, tindakan Zoey atau nama sebenarnya Mohd Hairey Azhar Abd Rahman itu telah menjadi tanda tanya buat para peminatnya.

Foto: Instagram Zoey Rahman

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here