Seperti umum mengetahui, pihak kerajaan telah memberi kelonggaran kepada sektor kreatif tanah air untuk kembali beroperasi dengan beberapa syarat yang telah ditetapkan, mulai Khamis ini.

Penerbit dan pengarah, Michael Ang menasihati kepada para pelakon dan penerbit untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

“Selfish,Arrogant and Idiot Salam semua. Wahai manusia luar sana dengar la nasihat @fauziahnawi Kerajaan baru bagi kelonggaran untuk Anak seni mencari rezeki Tapi dah Ada PELAKON N PRODUCER BUAT HAL.

“Tlg la Jgn sebab keangkuhan kau org satu industry kena tutup balik. Tak payah tanya I siapa KAH dia org sebab I pun tak tahu siapa pelakon Dan producer tu.

“luv u all n be safe n be vaccinated Kalau Belum. Anyway KERAJAAN bagi shooting pada yg dah VACCINATED. So pls la ikut rules n Jgn sebab kau org satu industry kena tutup balik,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya, Michael ada memuat naik rakaman video yang memaparkan pelakon senior, Fauziah Nawi yang memaklumkan ada segelintir pihak sudah mula bersikap sombong dan mementingkan diri.

“Assalamualaikum, Fauziah Nawi ni. Sekarang memang ramai dah dapat tawaran dan mula pengambaran dengan SOP yang sangat ketat. Semua orang kena ikut SOP, kena vaksin dan buat ujian saringan dan sebagainya,

“Ramai lagi yang belum dapat kerja, tengah seksa hidup jadi tolong lah siapa yang tak nak vaksin tak apa. Terpulang kepada anda sebab itu pilihan anda, hak individu dan asasi manusia,

“Tapi jangan berlagak, sombong sebab tiada siapa yang nak cemburu. Memang kita tahu ini semua rezeki Allah tapi boleh tak jangan cakap? Diam-diam sudah lah, kenapa nak kena buat macam ini? Tak baik lah,” katanya.

Foto: Instagram Michael Ang, Fauziah Nawi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here