Umum mengetahui, penyampai radio Muhammad Azmir Selamat atau lebih dikenali sebagai AG telah meninggalkan stesen radio Kool FM dan kembali menjalankan tugas sebagai penyampai radio di stesen Hot FM, pada Khamis.

Sebagai rakan penyampai, Rohaizah Hanafi atau lebih dikenali sebagai Haiza meluahkan rasa sedih apabila terpaksa berpisah dengan AG setelah 5 tahun berkerjasama.

Dalam pada itu, Haiza turut mengimbau kembali momen sepanjang berkerjasama dengan AG sebelum ini menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

“AG Sign Off From Kool FM Bila semua dah terungkai,saya orang yang paling sedih..Saya tau @heymuazkoolfm pun sama cuma dia tak tunjuk.Kita perempuan boleh la menangis,lelaki tak mungkin tunjuk.

“Perjalanan kami bertiga untuk AHM terhenti di sini.Moga sahabat saya @ag_azmeer terus terbang tinggi dan dapat membawa @hotfm976 lebih jauh.Kat sana dia akan dengar suara saya jugak sebab ada kembar suara saya @therealfafau

“Terima kasih yang menyokong Ag&Haiza sampailah AHM (Ag.Haiza.Muaz) @koolfmmy #AHMKoolfm #completeeachother #aghaizamuaz,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by حيزا (@haizahanafi)

Foto: Instagram Haiza

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here