Menerusi hantaran di laman media sosial Instagram, bekas pelakon Zul Yahya ada berkongsi cerita perihal anak-anaknya bersama pengikutnya.

Sebagai seorang bapa yang bertanggugjawab, Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Yahya sentiasa mahu memberikan yang terbaik untuk anaknya agar menjadi seorang insan yang berjaya di dunia dan akhirat.

“bertemu dan berpisah kerana Allah swt tanggungjawab kami ibu ayah utk usahakan kpd anak2 dgn ilmu yg berqualiti disisi Allah swt…

“al Qur’an dan sunnah sahabat yg terbaik buat kalian papa akan pastikan anak2 papa berjaya didunia dan diakhirat,” tulisnya.

Dalam pada itu, pelakon yang dikenali menerusi drama aksi Pepaya ini berharap agar anaknya menjadi seorang insan yang soleh dan solehah dengan setiap pengorbanan yang telah dilakukannya.

“dah mula terasa sunyi dgn karenah mereka setiap kejayaan pasti perlukan pengorbanan
semoga menjadi anak2 yg soleha, hafizah, alimah, da’iyah … aamin yra

“insyaAllah kejar nikmat akhirat, nikmat dunia kalian dapat… janji Allah swt itu pasti,” tulisnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zul Yahya (@zulyahya70)

Foto: Instagram Zul Yahya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here