Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi Zulin Aziz telah diundang sebagai tetamu jemputan untuk berkongsi kisah cinta yang pernah dilaluinya sebelum ini bersama penonton setia rancangan Wanita Hari Ini, TV3. 

Menerusi perbincangan topik bertajuk ‘Cinta Atau Propa’, Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz mengakui ada segelintir individu yang mendekati dirinya hanya semata-mata mahu mengambil kesempatan terhadap dirinya. 

“Ada orang ni mulut dia manis, kadang-kadang kita pula terbuai dengan kata-kata manis dia. Situasi propa ni kita boleh nampak ada yang nak ambil kesempatan ke atas diri kita,

“Pengalaman yang saya lalui itu sedikit sebanyak telah banyak mengajar saya untuk lebih berhati-hati selepas itu, 

“Dah tak ada air mata nak nangis untuk orang yang propa, ada beberapa individu yang memang dia propa dan ada juga yang jodoh tak sampai,” katanya. 

Dalam pada itu, Zulin berkata pengalaman itu telah membuatkan dirinya kini lebih berwaspada untuk mengenali orang baru dan tidak mudah memberikan kepercayaan kepada orang lain. 

“Sejujurnya, dia buat kita belajar macam mana nak jual mahal sedikit. Perempuan memang kena jual mahal sedikit, tidak boleh terlalu terbuai dengan kata-kata manis, bila dia kata sayang tu terus percaya,

“Kepercayaan itu yang sebenarnya susah nak dapat selepas kejadian itu berlaku. Saya ambil masa yang lama untuk ada kepercayaan terhadap orang lain, jadi susah nak percaya pada orang sebab kita tak tahu hati orang ni macam mana, 

“Kalau baca daripada muka orang ada cop penipu, itu senang tapi hakikatnya susah sebab kena kenal dulu, keluar dulu baru kita boleh dapat tahu,” katanya lagi. 


Foto: Instagram Zulin Aziz

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here