Pelakon, Reen Rahim ada menceritakan pengalaman yang dialaminya sepanjang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran berlakunya situasi pandemik Covid-19 di seluruh negara.

Pemilik nama lengkap Noreen Ashikin Abdul Rahim ini mengakui dia sentiasa lebih mementingkan serta memberi keutamaan kepada kerjayanya sebagai seorang pelakon berbanding keluarganya, sebelum ini.

Namun, setelah menjalani tempoh PKP, Reen memberitahu dia kini mulai sedar bahawa betapa berharganya untuk meluangkan masa bersama keluarga.

“Satu ketika dulu reen ade mindset ‘ok aku keje keje keje keje,nnt future akan happy and senang’
NO SALAH Sampai lah satu hari kite semua kene kurung MCO , memberontak betul nak keluar nk keje,Takut tak cukup ,serabut runsing..SEBAB APA sbb tak BERSYUKUR

“Sampai lah satu hari reen duduk and #muhasabahdiri mungkin Allah swt nk aku rehat,dan reen bukak hati reen utk enjoy moment masa MCO. Reen spand time dgn family,buat dorg happy,Buat dorg marah semua lah reen buat.

“And I realised that..masyaallah byk nya moment i terlepas,Ya Allah seronok nya duduk rumah..And yes baru reen faham,bila kite bersyukur,bersederhana,membahagiakan org tua ,memudah kan urusan adik beradik, akan sampai rezeki yang tak diduga2. Rezeki bukan harta semata,tenang,bahagia pon RezekiAlhamdulillah,” tulisnya.

Dalam pada itu, pelakon berusia 33 tahun ini menasihati kepada orang ramai untuk tidak terlalu mementingkan kerjaya sehingga mengabaikan tanggungjawab kepada keluarga.

Jelasnya, tanggungjawab kepada keluarga harus diberi keutamaan dan ia merupakan kunci untuk  kebahagiaan hidup.

“JADI APE YG REEN CUBA NK SAMPAI KAN, Kepada sesiapa yg masih ada mindset ‘keje kuat skrg for future nnt dah tua senang’

“Jangan kejar harta dunia sampai harta paling berharga Ya Allah swt bagi (keluarga) kite abai kan.Bayang kan bila kita dapat ape yg kite kejar tu tapi sekeliling kita semua da tak de..Bahagikan masa utk family korg tak kan rugi,malah akan sampai rezeki yang tak diduga2 insyaallah,

Malah, bintang drama bersiri Pujaan Hati Kanda ini turut meluahkan rasa kesal dengan tindakan buruk yang pernah dilakukan terhadap keluarganya sebelum ini.

“Actually peringatan utk diri sendiri , and i share sbb i menyesal walau pon 8tahun je bz keje,Alhamdulillah Allah swt sedar kan i.itu pon i kesal sgt ..

“so i tak nk korg buat salah yg i buat,mmg mak ayah faham,sbb dorg no choice because it’s our choice Semoga kite semua berjaya dunia akhirat amin..,” tulisnya lagi menerusi hantaran di akaun Instgram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Reen Rahim (@reenrahim)

Foto: Instagram Reen Rahim

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here