Tidak dinafikan, untuk menlaksanakan tugas harian menguruskan rumah tangga dan perniagaan pada satu masa bukan satu perkara yang mudah sebagai seorang wanita yang berkerjaya.

Usahawan dan penyanyi, Mila Jirin misalnya mengakui dirinya sibuk dengan tugas menguruskan perniagaan miliknya.

Selain itu, Mila bersyukur kerana dia masih berpeluang untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang ibu dengan baik meski tidak memiliki pembantu rumah.

“Alhamdulillah walaupun tak ada MAID… Allah tetap MUDAHKAN URUSAN…Walaupun memang TERSANGAT BUSY…Tak sempat dah nak MENGELAMUN

“Kerja Rumah + Jaga Anak + Lari Uruskan hal perniagaan + Back home office + work Insya Allah…. Jika Allah MUDAHKAN tiada sesiapa dapat menghalang…Andai Allah CUKUPKAN waktu, dengan Izin Allah semua dapat diselesaikan..,” tulisnya.

Pada masa sama, bintang kelahiran daripada program realiti nyanyian Akademi Fantasia musim kelima (AF5) ini mendedahkan dirinya turut tidak berkesempatan untuk meluangkan masa di ruangan media sosial oleh kerana terlalu sibuk dengan tugas harian.

Lalu, usahawan kelahiran negeri Pulau Pinang ini memohon maaf kepada orang ramai berhubung perkara tersebut.

“Cuma mohon MAAF saya kurang ber MEDIA SOSIAL jawap2 komen or DM or REPOST IG Story sebab memang TAK SEMPAT

“Whatsapp pun lambat sikit reply due tu TAK MENANG KAKI DAN TANGAN ….Ni Anak baru sorang…Syarikat diuruskan baru 6 Syarikat Ok lah, panjang pulak karangan…Goodnight,” tulisnya lagi menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by B I Z M I L L A (@mila_jirin)

Foto: Instagram Mila Jirin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here