Tahniah diucapkan kepada penyanyi, Aliff Aziz kerana telah dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) yang bersiaran langsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), sebentar tadi.

Menerusi persembahan pertama, Aliff telah menyampaikan dua buah lagu berjudul Sampai Syurga nyanyian asal Faizal Tahir dan Dealova duet bersama Hafiz Suip.

Selaku juara, Aliff Aziz telah membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 berserta trofi.

Manakala naib juara pula berjaya dimenangi oleh penyanyi Nikki Palikat dan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM50,000 dan berserta trofi.

Di tempat ketiga pula dimiliki oleh penyanyi Suki Low turut menerima hadiah wang tunai RM30,000 berserta trofi.

Untuk tempat keempat dan kelima pula diduduki oleh Adibah Noor dan Azan Scan.

Masing-masing membawa pulang hadiah sebuah trofi berserta wang tunai sebanyak RM 20,000 dan RM15,000.

Tidak pulang dengan tangan kosong, penyanyi Aweera menduduki tempat keenam telah membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 berserta trofi.

Penjurian masih ditangani Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat selaku juri tetap manakala penyanyi rap Joe Flizzow diundang sebagai juri jemputan pada malam ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here