Seperti umum mengetahui, kesemua barisan penyanyi yang bakal bertanding dalam rancangan Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) telah pun diumumkan secara rasmi di satu sidang media yang diadakan pada 3 November lalu.

Nama penyanyi Aliff Aziz turut tersenarai antara perserta yang bakal bertanding dalam rancangan berkenaan sekaligus telah mendapat perhatian ramai.

Dalam pada itu, isteri kepada penyanyi yang sinonim dengan lagu berjudul Sayang-Sayang ini ada menitipkan ucapan buat suaminya.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram, Bella mengharapkan Aliff dapat memberikan yang terbaik dalam rancangan pertandingan popular itu.

“GEGARVAGANZA 8 All the best THE COMEBACK KID @iamaliffaziz #TeamAliffAziz @gegarvaganzaofficial,” tulisnya ringkas.

Selain Aliff, antara penyanyi popular yang turut bakal bertanding adalah Adibah Noor, Aweera, Bandi Amuk, Datuk Fazley Yaacob, Shidee dan ramai lagi.

Konsert mingguan GV8 akan bersiaran secara
langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10
minggu setiap Ahad, jam 9.00 malam
bermula 21 November 2021 di Astro Ria.

Foto: Instagram Bella Astillah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here