Pelakon dan usahawan, Abby Abadi ada berkongsi cerita perihal anak lelakinya, Muhammad Daiyan Fayyadh yang telah menangis selepas dimarahi olehnya gara-gara tidak mahu memakai baju.

Di samping berkongsi satu rakaman video yang memaparkan anak lelakinya itu sedang menangis, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan mengakui dirinya bersikap tegas dengan anak-anaknya.

“Jarang sangat Daiyan menangis.. ni dapat record hihi.. kena marah sbb taknak pakai baju.. pastu tiba2 dia mengamuk2 tolak Kak Aishah yg dtg ambil nak bawak turun.. Mama pun acah la buat2 marah, biar reti kan? biasa diaa..

“Pastu Abah ambil hanger acah nk pukul.. belum pukul dah cembeng.. nilah dia Takpe.. kena ajarkan. Yg pasti buat noty minta maaf, buat minta maaf.. itulah Daiyan. Sama pulak macam Danish.,” tulisnya.

Dalam pada itu, pelakon berusia 43 tahun ini turut mengimbau kembali sikap tiga orang anaknya yang lain hasil perkahwinannya yang terdahulu bersama pelakon Norman Hakim.

“Danish bila tegur, minta maaf. Pastu esok buat lg eeee.. hehe.. cuma salah tak besarlah. lampu pasang tak reti nk padam. ekon pun sama.. tp skrg dah berubahlah kan Abang @danishhakimofficial?

“Adik @marissadania_ , baby @m_danishaa pun dah pandai kan tak membazir dah kan?? hehe.. baikk lebih dah ank2 mama skrg ni kan??,” kongsi Abby.

Pada masa yang sama, Abby memaklumkan perniagaan usaha sama bersama suaminya turut terjejas berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diseluruh negara bagi membendung penularan wabak Covid-19.

“yelahh.. kena kesian kt mama abah ni, lama berkurung kat rumah takleh gi memana.. takleh berniaga kt event, nak bayar api air beribuuu2.. rumah lagi.. makan minum.. PKP lama lagii banggggg adikk babyyy.. tolong k.. muahh

“Doakan Mama Abah terus kuat & sihat k.. Selagi buleh kayuhhhh, kita kayuhh hehe.. ps: Butik online Mama onz ye mcm biasa.. click no whatspp di bio IG Mama. order apa saja yg Mama jual k.. Semua ready stok,” tulisnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Abby Abadi Faizal (@abby_abadi112)

Terdahulu, Abby dan Norman mendirikan rumah tangga pada tahun 2002 dan bercerai pada tahun 2008.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.

Abby kemudian mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015 dan memiliki tiga orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyadh, Maisara Dayana Fathia dan Maira Darda Farisa.

Foto: Instagram Abby Abadi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here