Pelakon, Zarina Zainuddin meluahkan rasa kesal dengan segelintir sikap orang ramai yang tidak mahu untuk menjaga kebersihan tandas awam.

Perkara ini telah dikongsikan oleh Zarina setelah dirinya ada mengunakan tandas awam dan memaklumkan hal tersebut menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya. 

Ibu kepada 4 orang cahaya mata ini memberitahu menjaga kebersihan tandas awam adalah sangat penting supaya orang ramai dapat mengunakannya dalam keadaan selesa dan bersih. 

Selain itu, Zarina turut mengatakan beberapa langkah yang perlu dilakukan oleh orang ramai sekiranya mengunakan tandas awam. 

“Sapa masuk tandas awam harap cuci lah pam lah jirus lah kau dah kencing berak lahi lagi yang period ko tak malu ke darah darah kau buang merata .. 

“walaupun tandas awam tu orang pompano jer masuk tapi kau tu .. jagalah jangan jadi pengotorlah .. 

“masuk jer tandas tengok jencing kuning kuning tak pam .. eee ko ni jenis pompuan apa yea.. 

“kalau masuk tandas cuci dulu bekas bekas orang duduk apa tu siram lah dah abis pun kau siram lah pamlah pastu ko semburlah mintak wangi kau yang mahal tu .. 

“wangi camana pun berak kau busuk jugak .. adoiii tension aku lah kalau anak aku .. anak aku yang oku tu pun tahu pam tandas lah ..,” tulisnya panjang lebar menerusi hantaran berkenaan. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_)

Foto: Instagram Zarina Zainuddin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here