Pelakon, Fasha Sandha ada memuat naik beberapa keping foto di akaun Instagram miliknya ketika meraikan ulang tahun kelahiran anak ketiganya, Aisha Amaira yang kini sudah genap berusia setahun.

Di samping menitipkan ucapan istimewa buat anak perempuannya, Fasha meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang anak yang baik dan tidak banyak kerenah.

Ekoran situasi pandemik Covid-19 yang sedang melanda di seluruh dunia, kakak kepada pelakon Elisya Sandha ini telah meraikan sambutan hari jadi Aisha dalam serba sederhana.

“Love of My life Aisha Amaira Anak yang tak banyak ragam

“Alhamdulillah, bijak, semoga membesar dengan sihat sayang. Kesian sayang ibu, dilahirkan ketika pkp sekarang dah setahun masih pkp.

“Walaupun hanya kita, tetap kena bergambar kenangan for your Birthday. I love you Anje ibu #aishaamairaturns1,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Untuk rekod, Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012, namun berpisah pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan tersebut, bintang drama bersiri Semua Salahku ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 6.

Selepas itu, Fasha berkahwin bersama pelakon Aidil Aziz pada 30 Mac 2019.

Kini, Fasha dikurniakan cahaya mata ketiga diberi nama Aisha Amaira pada 7 Ogos lalu.

Foto: Instagram Fasha Sandha

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here