Penyampai radio, Fizi Ali akhinya telah tampil memberikan penjelasan berhubung desas-desus rumah tangganya bersama pelakon Shakilla Khoriri yang dikatakan telah berpisah, baru-baru ini, 

Fizi atau nama sebenarnya, Mohd Hafizudin Alimudin mengesahkan bahawa dia dan isterinya kini telah berpisah dan tidak lagi bersama.

Dalam pada itu, Fizi memberitahu dia dan isteri telah bersepakat untuk membawa haluan masing-masing dan membesarkan anak tunggal mereka dengan penuh kasih kasih sayang

Penyampai radio berusia 33 tahun ini telah memaklumkan khabar duka tersebut menerusi satu hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram 

“Bismillahirrahmanirrahim Assalammualaikum semua..Maaf kepada mereka yang tertanya tanya apa yang terjadi pada saya dalam beberapa minggu ni.. 

“Dengan berat hati, saya ingin mengumumkan bahawa saya dan Shakilla tidak lagi bersama dan akan membawa haluan masing2.. Walaupun hidup berasingan, kami juga sudah bersepakat akan membesarkan Ameena dengan penuh kasih sayang.. 

“Kami janji Ameena tetap akan merasa kasih sayang sepenuhnya dari daddy dan umi..,” tulisnya.

Pada masa sama, pasangan selebriti ini menharapkan agar orang mendoakan yang terbaik serta menghormati keputusan mereka. 

“Kami harap semua pihak dapat menghormati keputusan ini..Anggaplah jodoh kami sampai disini..

“Terima kasih atas doa2 kalian sebelum ini dan mohon doa untuk kami bertiga meneruskan perjalanan yang panjang ini dengan penuh redha.. 

“Insya Allah semoga doa yang baik2 ini akan kembali ke kalian semua jugak.. Minta maaf dan terima kasih.  2 September 2013 – 15 December 2021,” tulisnya lagi. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fizi Ali (@fiziali_)

Imbas kembali, Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga bersama pada 18 Februari 2018. 

Kemudian, Shakilla telah bergelar ibu selepas selamat melahirkan anak sulung mereka bernama Ameena Sofia pada 14 Mac 2019. 

Foto: Instagram Fizi Ali

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here