Baru-baru ini, isu segelintir individu yang menolak penerimaan vaksin Covid-19 telah menjadi perbualan hangat warganet sehingga tular di laman media sosial.
Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel ada meluahkan rasa kurang senang mengenai perkara tersebut menerusi satu hantaran di akaun Twitter miliknya.
“Anti vax, tapi nak privilege macam orang yang ambil vaksin. Tak malu,” tulisnya.
Anti vax, tapi nak privilege macam orang yang ambil vaksin.
Tak malu.
— Naim Daniel (@naimdanielx) August 23, 2021
Penyanyi yang sinonim dengan lagu Sumpah ini menyifatkan individu sedemikian tiada rasa malu kerana mahu mendapatkan keistimewaan sama seperti individu yang telah menerima suntikan vaksin Covid-19.
Dalam pada itu, rata-rata netizen meluahkan pendapat terhadap perkongsian penyanyi berusia 27 tahun itu.
Bagi memulihkan ekonomi negara, pihak kerajaan telah mengambil langkah inisiatif untuk membuka beberapa sektor perkhidmatan kepada orang ramai dengan syarat telah melengkapi 2 dos suntikan vaksin Covid-19, selepas tempoh 14 hari suntikan kedua.
Foto: Instagram Naim Daniel