Tidak dinafikan, pandemik Covid-19 yang melanda di seluruh dunia telah memberikan kesan dan impak yang besar kepada negara terutamanya di sektor ekonomi.

Sebagai langkah untuk memulihkan ekonomi negara, pihak kerajaan telah melaksanakan beberapa pakej bantuan bayaran balik pinjaman (Moratorium) dan membuka permohonan tersebut kepada orang ramai yang telah terjejas akibat pandemik Covid-19.

Pelakon, Datuk Fizz Fairuz ada memberikan pendapat serta cadangan kepada pihak kerajaan untuk melaksanakan Moratarium secara automatik.

Jelas Fizz atau nama lengkapnya Fairuz Zainal Abidin, orang ramai kini semakin terkesan dan mengalami masalah kewangan ekoran perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) di seluruh negara.

“Rakyat semakin tersepit, apa salahnya moratorium tu dibuat secara automatic.. semua dah terkesan ni.. dah info lama pasal benda ni, tapi takde action pun,” tulisnya ringkas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dfizzfairuz ?? (@fizzfairuzofficial)

Individu dan perniagaan yang memerlukan bantuan bayaran balik pinjaman (Moratorium) perlu menghubungi bank masing-masing untuk membuat permohohan serta memilih bantuan bayaran balik pinjaman yang dikehendaki.

Foto: Instagram Datuk Fizz Fairuz

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here