Baru- baru ini, pelakon senior Betty Banafe telah berkongsi cerita dan pengalaman dirinya sebelum menceburi bidang karier seni bersama penonton rancangan Nona, TV3, pada Ahad lalu. 

Di samping mengimbau kembali kenangan bersama penonton, aktres berusia 42 tahun ini mendedahkan bahawa dia tidak pernah bercita-cita atau mengimpikan untuk menjadi seorang pelakon.

Betty berkata, arwah bapanya tidak memberi galakkan serta keizinan kepada dirinya untuk menceburi kerjaya seni, pada awalnya. 

“Sejujurnya, saya tidak pernah impikan kerjaya ini dan saya tak pernah bayangkan perjalanan karier saya itu akan berakhir menjadi seorang pelakon, 

“Sebab ketika saya masuk universiti, objektif saya adalah untuk ikut pesanan arwah ayah saya yang mana saya kena habiskan pengajian sehingga peringkat Ijazah Sarjana dan PHD, 

“Oleh sebab itu, saya memang tidak boleh langsung nak masuk atau terlibat dalam bidang seni ni. 

“Malah, waktu abang saya nak masuk bidang seni dulu pun tidak direstui walaupun oleh arwah ayah saya ni dulu adalah seorang pelukis, 

“Maka kerana itulah sebabnya saya tidak pernah impikan untuk menjadi orang seni. Tetapi kita tidak boleh untuk melawan takdir,” katanya. 

Dedahnya lagi, ketika di awal penglibatannya dalam karier seni lakonan itu adalah tanpa pengetahuan daripada keluarganya.

Bagaimanapun, arwah bapanya telah bersetuju memberikan kebenaran kepada dirinya untuk bergiat aktif dalam dunia lakonan setelah terlihat lakonan pertamanya di kaca televisyen. 

“Arwah bapa saya dulu tak tahu pun yang saya ada pergi ujibakat lakonan untuk sebuah drama, 

“Sampai lah satu hari tu dia terlihat lakonan pertama saya dalam sebuah drama dekat TV, dia terus bercakap dengan saya fasal hal itu. Kemudian, dia terus diam dan saya dah mula rasa takut pada ketika itu.,

“Tetapi, akhirnya bapa saya memberi kebenaran kepada saya untuk terlibat dalam bidang lakonan sekiranya saya berlakon dalam cerita yang memberikan impak positif kepada orang ramai,” katanya lagi.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here