Pelakon, Gambit Saifullah ada memuat naik beberapa adegan babak mesra lakonannya bersama pelakon Datuk Aaron Aziz sewaktu menjalani  penggambaran drama rantaian Suamiku Lelaki Pendosa, sebelum ini. 

Bagaimanapun, adegan babak mesranya bersama aktor tampan kelahiran Singapura tersebut terpaksa ‘dipotong’ dan tidak akan disiarkan kepada para penonton. 

Menurut Gambit, hal berkenaan berlaku bagi mahu menjaga sensitiviti semua pihak khususnya para penonton yang menyaksikan drama rantaian tersebut. 

#Izfairin signature trademark #lolipopLips However it has to be cut from each and every scene karana dikhuatiri mengugat iman penonton. 

“Penat I create But however kepekaan sensitivity harus dijaga. #Respect!!

#suamikulelakipendosa #LelakiPendosa,” tulisnya. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Gambit Saifullah (@gambitsaifullah)


Drama bersiri 28 episod ini turut dibintangi oleh pelakon terkenal antaranya, Sofea Fauzi Nawawi, Datin Maria Farida, Aleza Shadan, Shima Anuar, Edika Yusof dan ramai lagi. 

Suamiku Lelaki Pendosa ini merupakan sebuah drama yang diadaptasi novel berjudul ‘Imamku Lelaki Pendosa’ karya penulisan oleh Umie Nadzimah. 

Drama rantaian dibawah arahan Eyra Rahman ini bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot Samarinda, TV3. 

Foto: Instagram Gambit Saifullah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here