Usahawan terkenal, Datuk Aliff Syukri meluahkan rasa marah terhadap tindakan pengarah dan penerbit Michael Ang yang memberikan kritikan negatif serta mempersoalkan bakat nyanyian yang dimiliknya. 

Aliff yang sinonim dengan lagu single berjudul Abang Nak Tegur ini menyifatkan tindakan pengarah terbabit adalah merupakan satu penghinaan terhadap dirinya. 

“Kau kata suara aku gedik lah, tak boleh nak nyanyi atas pentas lah, tak boleh nak masuk Anugerah Juara Lagu (AJL) dah kenapa?

“Kau Tuhan ke nak kata aku tak boleh menang AJL? Kalau aku buat lagu lepas tu menang kau nak kata apa? Jangan kau nak kutuk-kutuk suara aku, 

“Suara aku ni dah melahirkan banyak lagu yang trending dan disukai oleh seluruh rakyat Malaysia,” katanya. 

Dalam pada itu, Aliff turut memberi amaran kepada Michael supaya berhenti menghina serta mengutuk dirinya. 

“Aku pantang orang hina bakat aku. Jangan kau pandai-pandai nak kutuk suara aku. Suara kau, lagu kau entah ke mana semua dah ke laut, 

“Itu semua ‘auto tune’, suara aku ni original tapi suara kau? Sedih! Aku malas nak cari gaduh dengan orang, aku nak jadi baik tapi orang suka menghina dan mencabar aku itu sebab aku balas balik, 

“Suara aku punya sedap dari dulu lagi. Aku tak tahu apa masalah kau,” luahnya menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya. 

Sekadar informasi, Michael kini telah merakaman sebuah lagu single pertamanya yang berjudul Cinta Atau Propa, pada 5 Januari lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here