Umum mengetahui, perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) telah dilanjutkan sekali lagi selama tempoh 2 minggu bermula 15 Jun ini bagi melandaikan kes positif Covid-19 di seluruh negara.

Bukan sahaja orang ramai, malah golongan selebriti juga turut diarahkan untuk kekal duduk di rumah bagi mematuhi arahan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Lalu, pelakon Elfira Loy mengakui sudah mula berasa bosan apabila menjalani aktiviti hariannya di rumah sepanjang perlaksanaan PKP tersebut.

“another two weeks of morning walk Rayyan. so kita kena plan ootd kita. Tbh , el dah mula rasa lemas duduk rumah , dah macam walking dead , Bangun buat benda sama tidur.

“i don’t know what else to do. Kena cari kawan jogging lah pulak kot. Hi @syafiqahaina jom jogging dengan baby jom,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @elfiraloy

Elfira mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019 dan telah selamat bergelar ibu selepas melahirkan anaknya, Muhamad Rayyan Khalaf secara normal pada 1 Oktober 2019.

Foto: Instagram Elfira Loy

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here