Umum mengetahui, penyanyi Nourul Depp kini telah berhijrah dan menetap di Bali, Indonesia bersama keluarganya, pada penghujung September lalu.

Bagaimanapun, Ayu Nazirah yang merupakan anak pertama kepada penyanyi yang sinonim dengan lagu Kerana Terluka ini tidak lagi menetap bersamanya setelah dia dan keluarga berhijrah ke negara seberang.

Meski berjauhan dan tidak lagi tinggal sebumbung, Nourul ada berkongsi sekeping foto tangkapan skrin ketika membuat panggilan video bersama Ayu, baru-baru ini.

Lalu, Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abd Wahab menzahirkan rasa rindu terhadap anak perempuannya sehingga terkenang momen sewaktu Ayu masih kecil.

Bila rindu…. anak satu yang paling special (smeua ank special) yang first tu lebih sikit kan na

“Anak umuq berapa pun tetap anak. Tetap terkenang depa masa dalam lampin lagi (la ni pun berlampin jugak)

“Miss you anak mama. Allah lindungi @ayu_ace di mana saja. Love you till jannah. 2nd week dah rasa la sikit rindu kan na. But she is happy

“Nasib baik zaman teknologi. Kalau dulu2, mampuih sedih gila hahaha #deppfamily #ayuace #motherdaughterlove #firstlove #motherdaughter,” tulisnya menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp)

Sekadar informasi, Nourul telah mendirikan rumah tangga bersama Ajai pada tahun 1996 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ayu Nazirah, 23.

Selepas itu, Nourul mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama Eric Daniel Depp pada 7 Jun 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki bernama Zachary, 8 dan Raphael, 6.

Foto: Instagram Nourul Depp

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here