Setelah tamat menjalani tempoh kuarantin, pelakon Faezah Elai memberitahu bahawa dia sekeluarga kini sudah kembali sembuh dan bebas daripada jangkitan virus Covid-19. 

Maklum Faezah atau nama lengkap Noor Faezah Md Elai, dia sekeluarga tidak mengalami gejala simptom yang teruk .

Di samping memanjat rasa syukur, pelakon drama bersiri Cinta Amnesia ini berasa teruja untuk menyambut bulan Ramadan serta hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi. 

“Ramadhan is around the corner.. can’t wait nk join bazaar2 or festival raya2.. its been 2 years tk rasa raya vibes tu.. 

“Alhamdulillah me and my family just recovered from covid.. nothing serious cuma bosan kena quarantine.. and sakit tekak due to my tonsil bengkak.. 

“tq Dr Amirul Amzar for helping me with ur consultation sbb bila covid ja teringat Dr Amirul. Depa kata klu sapa dh penah kena cobid insyallah selama 90hari tk kena dh.. so kami boleh raya sakan lah..,” tulisnya.

Serentak dengan itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini mendoakan kepada orang ramai yang turut dijangkiti Covid-19 diberikan kesembuhan  dan kembali pulih seperti sedia kala. 

“Raya juga yg cheq dok pikiaq maklumlah lah 2 taun tk raya… To all yg dok quarantine lani due to covid,may good health envelop u,spurring a quick recovery amin,” tulisnya lagi menerusi entri di akaun Instagram miliknya. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by faezahelai (@faezahelai)

Foto: Instagram Faezah Elai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here