Filem tempatan berjudul Frontliner disiarkan di platform penstriman antarabangsa Netflix sejak 1 Oktober lalu mendapat perhatian penonton sehingga ramai yang memberikan komen dan pendapat di laman media sosial.

Karya arahan Razif Rashid ini menceritakan kisah dan situasi yang dihadapi oleh petugas barisan hadapan dalam membantu negara menangani penularan wabak Covid-19.

Meninjau di ruangan laman media sosial Twitter, rata-rata netizen berpendapat filem berkenaan harus diberi pujian ad

Meski ada yang memuji filem tersebut sebagai sebuah karya berkualiti dan sesuai untuk ditonton pelbagai lapisan umur, namun ada juga segelintir netizen yang mengkritik filem

“Frontliner on netflix – 20 minutes in and i keep @ the acting and cinematography. We can do better Malaysia kamonn. macam tak lalu nak habis kan,” tulis seorang wargamaya.

“Frontliner on Netflix; 2/10 2 tu sebab pelakon best best je tapi sayang, cringe. Wasted my 1 hour, could’ve been better kot,” komen lagi seorang netizen.

“Frontliner netflix , 2.8/5 . kinda sad, unexpected jalan cerita dia nk mcm ni. if tkde cerita sangat boleh la nk accept . pls with lowww lowww expection, thankyou,” tulis lagi netizen.

Filem ini telah dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Azhan Rani, Emma Maembong, Achey, Wan Maimunah, Beto Kusyairy, Farah Ahmad dan ramai lagi.

Sebelum ini, filem Frontliner ini menimbulkan kontroversi selepas ditolak oleh pihak stesen televisyen Astro sebelum diterima untuk disiarkan di Netflix.

Sumber: Carian Twitter

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here