Usahawan dan bintang media sosial terkenal, Khairul Aming memaklumkan ada individu yang tidak bertanggungjawab telah memalsukan produk makanan jenama miliknya, Sambal Nyet Berapi dan dijual kepada orang ramai menerusi aplikasi Shopee.

Meluahkan rasa hiba dengan perkara tersebut, Khairul atau nama lengkapnya Khairul Aming Kamarul telah menyelidik dan menyiasat perkara tersebut.

“First, sticker yg dia guna ni basically sticker yg dia scan dari sticker original and print balik. u can see clearly yg warna logo api tu faded and font perkataan semua blur. resolution sticker very2 low and dia siap tampal dgn tape,

“Second, postcard guna font tak sama. kwn aku x dpt postcard dari dia tapi ni screenshot dari review kat shopee dia. i print my own handwriting kat postcard tu, bukannya font dari computer. lagipun kita dh tak pakai postcard ni, how come dia still ada kalau claim ni original,

“Third, ni yg paling aku disgusted. texture sambal lansung tak sama. aku tak tahu apa dia letak tp sambal ni bau minyak goreng ikan yang busuk and cili dh mcm keladak. Kat layer atas tu dah jadi minyak warna hitam,” tulisnya.

Hasil siasatan, Khairul telah dapat mengesan individu tersebut dan telah mengemukakan isu ini kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

“report polis aku dh buat kat damansara tadi and next we will proceed dgn lawyer. aku dh penat nk tapis sorang2 scammer mcm ni. jgn la khianat org mcm ni, makan duit haram dgn menipu. aku takut org yg beli tu keracunan makanan mkn benda mengarut mcm ni,

“Selepas issue Sambal Nyet palsu ni dh naik semalam , she finally admitted her mistake and came forward pagi tadi. Tapi aku taknak benda ni settle senang2 mcm tu je walaupun datang dengan air mata. So ada tiga tuntutan we demand from her:

“1.bayar pampasan tunai. tapi duit ni aku takkan refund balik kepada buyers sbb proses refund ni tak mudah and aku nak buyers utk take accountability jgk. oleh itu 100% duit ni aku akan sedekah kat asnaf yg memerlukan di bulan puasa ni. aku tak akan ambil satu sen pun

“2.public apology video. this is her apology video admitting her mistake yang palsukan kandungan sambal dan juga design botol sambal nyet

“3.statement pengakuan salah di balai polis. tadi dia dh pergi ke balai polis damansara yg aku buat laporan semalam, and buat pengakuan bertulis kat situ. semua details dan pengakuan dah captured dlm report polis,” tulisnya lagi.

Dalam pada itu, Khairul mengharapkan perkara ini dapat dijadikan teladan kepada orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya mengambil kesempatan serta melakukan perkara yang terkutuk seperti ini.

“I hope this will be a lesson to anyone yg cuba nak buat macam ni lagi in the future. tq guys for sharing this issue, diharapkan kita semua aware utk tidak ambil mudah benda mcm ni. selamat berpuasa everyone,” luah Khairul menerusi laman media sosial Twitter miliknya. 

Sumber: Twitter Khairul Aming

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here