Baru-baru ini, kecoh mengenai aplikasi media sosial Facebook, Instagram dan WhatsApp yang telah mengalami gangguan bukan sahaja dalam negara malah di seluruh negara.

Difahamkan, gangguan masalah teknikal tersebut telah berlaku selama hampir 6 jam sejak tengah malam tadi waktu Malaysia lalu menimbulkan kegusaran orang ramai.

Dalam pada itu, pelakon dan usahawan Yatt Hamzah ada memberikan pendapat berhubung perkara tersebut bersama pengikut di laman media sosial Instagram miliknya.

Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah menasihati kepada orang ramai untuk muhasabah diri terhadap insiden yang berlaku dengan menginsafi diri tentang hari akhirat yang bakal berlaku.

“Baru beberapa jam IG, FB, WhatsApp jem, kita dah tak tentu arah. Bayangkan nanti matahari tak keluar berhari-hari, bumi berhenti berputar, bagaimana keadaan kita? Apa persediaan kita?” tulisnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut memberikan reaksi pelbagai terhadap perkongsian ibu kepada lima orang cahaya mata itu.

“Betul akk sy setuju mengucap panjang,” tulis seorang warganet.

“Thinking bout that too. Allahuakbar, bersediakah kita,” tulis lagi seorang netizen.

 Semoga ALLAH TAALA menjadi Kita semua.. Amin ya rabbalalamin,” titip netizen yang lain.

Foto: Instagram Yatt Hamzah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here