Pelakon, Ashraf Muslim ada menitipkan kata nasihat kepada orang ramai untuk mengunakan peluang sebaik mungkin sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0).

Selain itu, pelakon berusia 39 tahun ini berharap agar orang ramai sentiasa muhasabah diri untuk memperbaiki kesilapan dan kelemahan diri supaya dapat menjadi lebih baik masa hadapan.

“Assalamualaikum guys!Time PKP ni.. belajar lah untuk muhasabah diri. Peuang yang Allah berikan ini untuk kita susun semula dan betulkan balik kelemahan2 kita yg lepas untuk jadi lebih baik.

“InsyaAllah.#peringatanuntukdirisendiri,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim)

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa setuju terhadap perkongsian pelakon kelahiran Teluk Mas, Melaka itu.

“waalaikumussalam..aamin..ingtn bermakna,” tulis seorang warganet.

“Insyaallah..Waalaikumsalam AM..take care,” komen netizen.

“setuju sangat bang,” tulis seorang warganet yang lain.

Foto: Instagram Ashraf Muslim

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here