Muzik irama Jazz sudah tidak asing lagi dalam perkembangan industri muzik tempatan dan memiliki peminatnya yang tersendiri.

Terbaru, tiga pemuzik telah bersatu kerana minat masing-masing yang begitu mendalam kepada irama jazz, kumpulan Fellasopher Jazz Trio telah ditubuhkan.

Meski ketiga-tiga mereka ini mempunyai latar-belakang yang berbeza, namun berjaya disatukan dalam sebuah kumpulan demi untuk mengetengahkan serta mengembangkan lagi irama jazz dalam industri muzik tempatan.

Selain itu, kumpulan Fellasopher Jazz Trio percaya dengan kehadiran mereka yang mempertaruhkan irama jazz dalam industri muzik tempatan akan memberikan nafas baru dan segar kepada halwa telinga para pendengar.

Jadi, jom kita kenali ahli kumpulan Fellasopher Jazz Trio ini.

1.Wan Azfarezal

2.Fitri Misran

3.Rizal Ezuan Zulkifly Tony

Terdahulu, kumpulan Fellasopher Trio Jazz ini telah menemui peminat dan membuat persembahan istimewa yang telah diadakan di Migo’s Street Cafe, Seri Kembangan pada 7 November lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here