Isu tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan bukanlah satu isu yang baru namun masih menjadi perbualan hangat warganet.

Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida ada memberi nasihat kepada orang ramai untuk sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Tambahan pula, sambutan Hari Raya Aidilfiri bakal menjelang tidak lama lagi.

“Assalamualaikum.Tinggal berapa hari lagi? Baju raya, persiapan raya dah ready ke..ingat jangan melangkawi batas ikot SOP,” tulisnya menerusi hantaran terkini di akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, rata-rata netizen memuji penampilan Vida yang tampak sangat elegan dan bergaya di ruangan komen di entri berkenaan.

Foto: Instagram Vida

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here