Baru- baru ini, pelakon dan usahawan Abby Abadi telah menerima kritikan daripada segelintir netizen gara-gara menutup ruangan komen di salah satu entri di akaun Instagram miliknya.

Difahamkan menerusi perkongsian tersebut, Abby ada memberikan komen serta pendapat berhubung isu hangat yang melibatkan dengan pihak kerajaan.

Bagaimanapun, netizen telah memberi kritikan terhadap tindakan pelakon berusia 43 tahun itu menerusi ruangan komen di satu hantaran yang lain.

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen berpendapat tindakan tersebut tidak sewajarnya dilakukan oleh Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan.

“Bab hentam kerajaan tutup Komen…Ni bukak Komen!!…apolahhh,” tulis seorang netizen.

“btl…bt apa tutup komen….beria2 kluar kenyataan…mmg pasti ka Puan Abby…takut jatuh fitnah,” balas lagi seorang netizen yang lain.

“tu..slps tu delete komen yg org ckp..lebih baik ambil wudhuk cpt2 g solat .belajar jgn pertikaikan itu atau ini.belajar bersyukur..hbis siapakah yg layak JD pm?” nasihat seorang warganet.

“tah,sebok nk hentam kerajaan . Kalau rse diri btol,bukk komen .jum nengok mcm mne kne hentam . Klau sndri rse bnde tu tk sahih,usah la msok cmpor ,taip bejele . Tkot jtuh fitnah,tangung le nnty ye,” tulis netizen.

Foto: Instagram Abby Abadi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here