Pelakon, Jasmin Hamid meluahkan rasa kesal serta kecewa dengan sikap segelintir netizen yang dilihat ada memberikan komen negatif terhadap permergian arwah Siti Sarah yang telah meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19, pada jam 5.13 pagi Isnin.

Pada masa sama, Jasmin turut berasa sedih apabila perkara tersebut berlaku dan menyifatkan  tindakan sedemikian tidak sewajarnya dilakukan terutama bagi yang beragama Islam.

“MOHON JAGA LISAN! Semuanya akan DI HISAB! Fahami caption saya! NAUZUBILLAH..
Saya merasa AMAT SEDIH dan TERASA dengan kehilangan sahabat saya dan saya amat terkejut bila baca komen sebegini

“Ini adalah kehilangan yang amat besar buat buat suami arwah ,anak-anak dan seluruh ahli keluarga yang sedang menjalani UJIAN ALLAH ini.. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan mereka sekarang.

“Satu dunia sedang berperang dengan WABAK COVID dan di rundung KESEDIHAN. Ramai yang telah di jemput pulang menemui penciptaNYA..

“MOHON agar LISAN sebegini jadikan ini sebagai IKTIBAR supaya kita tidak terus LALAI dan HANYUT
Jagalah AKHLAK,LISAN dan AMAL IBADAT kita.. Supaya ALLAH berikan kita HUSNUL KHATIMAH dan di tempatkan di syurgaNYA tanpa HISAB..,” tulisnya.

Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Cukup Derita Itu menasihati kepada orang ramai untuk menjaga pertuturan serta penulisan di laman media sosial.

Selain itu, pelakon berusia 46 tahun berharap agar orang ramai untuk menjalinkan hubungan yang baik antara satu sama lain.

“Kita sebagai umat Muslimin dan Muslimat seharusnya sentiasa mendoakan kebaikan dan kebahagiaan untuk ahli keluarga dan semua manusia supaya ia akan berbalik kepada kita yang mendoakan kebaikan..Kita TAK BOLEH menghukum sesama manusia..

“Ini adalah salah satu SEBAB kenapa Allah turunkan WABAK dan AZAB yang lebih PEDIH untuk semua makhluknya kerana masih ada yang LALAI dan tidak kembali bersujud kepadaNya

“Masih ramai makhlukNya bertikam lidah antara satu sama lain terutama umat Muslimin dan Muslimat

“Mohon Allah ampunkan segala dosa dan berikan pengakhiran hidup yang baik buat yang MENULIS KOMEN tersebut dan seluruh UMAT MUSLIMIN dan MUSLIMAT…Aamiin..

#covid_19 #netizen #malaysia #allahmahamelihat #allahmahabaik,” tulisnya lagi menerusi satu hantaran di akaun Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh)

Foto: Instagram Jasmin Hamid

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here