Misteri ‘kehilangan’ usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat akhirnya terjawab apabila dia dilaporkan sudah ditahan pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu.

Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman telah ditahan oleh pihak berkuasa negara gajah putih itu selepas mendapat maklumat mengenai keberadaan usahawan kosmetik itu di Bangkok, Thailand daripada pihak berkuasa Malaysia.

Penyanyi yang sinonim dengan lagu Makhluk Penggoda itu diberkas oleh pihak berkuasa di sebuah kondominium mewah di Bangkok bersama seorang lelaki yang juga berperwatakan wanita warganegara Thailand ketika serbuan pihak imigresen.

Terdahulu, Nur Sajat dilaporkan ‘hilang’ selepas pihak berkuasa Malaysia berusaha untuk memberkas usahawan berusia 36 tahun itu yang kononnya mahu keluar daripada agama Islam menenerusi satu rakaman video luahan hatinya yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, pada awal Mac lalu.

Memetik Harian Metro, Nur Sajat difahamkan sedang memohon sedang memohon perlindungan dan kebenaran untuk berpindah ke Australia ketika keberadaan dirinya di negara gajah putih itu.

Sumber: Buletin Terkini TV3, Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here