Lagu Cinta yang dipersembahkan oleh penyanyi Marsha telah dinobatkan sebagai naib juara di Anuegerah Juara Lagu 36 (AJL36) yang bersiaran langsung di Dewan Merdeka, WTCKL, Kuala Lumpur, pada Ahad. 

Atas kemenangan lagu ciptaan Hang Nadim, manakala penulis lirik Bunga Cantik itu, Marsha telah diundang sebagai tetamu jemputan segment Rakyat Rangers di radio Hot FM. 

Menerusi sesi temu bual bersama penyampai radio AG, Fara Fauzana dan Fad Bocey, Marsha telah berkongsi cerita pengalaman ketika membuat persembahan tersebut bersama pendengar. 

“Kalau nak dibandingkan ketika persembahan raptai dengan siaran langsung, sejujurnya dua-dua persembahan tu saya rasa tak puas hati, 

“Tapi apa yang saya boleh kata, saya rasa masa raptai lebih baik daripada persembahan malam tadi, sebab saya kurang sikit rasa gementar, 

“Masa buat persembahan sebenar malam tu, saya sebenanya tahan batuk sepanjang persembahan, gementar pun ya,” katanya. 

Dalam pada itu, bintang kelahiran program realiti nyanyian Akademi Fantasi musim ketiga (AF3) ini sempat berkongsi kisah suka duka dirinya sepanjang 16 tahun menceburi karier seni nyanyian. 

“Dalam 16 tahun itu sebenarnya, kejap orang ingat kejap orang tak ingat. Saya kadang tu sampai rasa tahap macam menyanyi tu liabiliti lah, 

“Sebab kita bayar lagu mahal-mahal, tapi tak ke mana lagu tu. Kadang tu sampai ada yang cakap ‘Marsha penyanyi ke?’ sepanjang 16 tahun tu,

“Sebenarnya saya punya impian hanya mahu menyanyi sebagai finalis AJL itu sahaja, tak ada pun kata nak menang, 

“Tapi bila dapat jadi finalis lepas tu menang pula, saya rasa macam satu bonus lah untuk saya punya impian dalam karier seni nyanyian,” katanya lagi. 

Selain berjaya merangkul gelaran naib juara, Marsha juga turut berjaya memenangi kategori Persembahan Terbaik dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM6,000. 

Foto: Instagram Marsha

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here