Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan sapaan Tok Ti ada berkongsi momen majlis anak keduanya, Muhammad Afwa yang telah diadakan pada Isnin.

Tok Ti telah berkongsi momen majlis berkenaan menerusi laman media sosial Instagram miliknya.

Setelah majlis tersebut selesai, penyanyi yang sinonim dengan lagu Anta Permana ini ada meluahkan rasa syukur majlis aqiqah tersebut berjalan dengan lancar meski diadakan dalam serba sederhana.

“Alhamdulillah, majlis aqiqah, maulid dan tahnik telah berlangsung penuh sederhana tetapi memberi erti yang besar buat kami sekeluarga.

“Alhamdulillah, rezeki anaknda Muhammad Afwa, kerana telah mendapat doa-doa dan juga ditahnik oleh YBhg. Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri,Ustaz Don Daniyal,Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Iqbal serta imam masjid Bukit Mulia. @drzulkifli.albakri @ddaniyaldbiyajid @uaioriginal @ustaziqbalzain

“Terima kasih di atas sekian banyaknya doa yang telah kami dan anakanda kami terima daripada orang ramai, tidak ada lafaz terindah pada bulan penuh keberkatan ini, selain saya berharap agar

“Allah selalu mengikat hati kita semua dalam kebaikan bersilaturahim, meningkatkan amal kebajikan dan memperbanyakkan lagi amalan.

“Terima kasih kepada kaum keluarga terdekat yang menyantuni majlis sederhana buat anakanda Muhammad Afwa semalam,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Terdahulu, Siti telah selamat melahirkan cahaya mata keduanya itu pada 19 April di sebuah pusat perubatan di Selangor.

Untuk rekod, Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa telah pun melangsungkan perkahwinan mereka pada tanggal 21 Ogos 2006.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah pun dikurniakan cahaya mata pertama, Siti Aafiyah yang kini mencecah usia tiga tahun.

Foto: Instagram Siti Nurhaliza

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here