Baru-baru ini, penyanyi tersohor negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza didakwa telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) pada majlis tahnik anak lelakinya, Muhammad Afwa yang diadakan pada 26 April lalu.

Difahamkan, isu ini telah menjadi perbualan hangat di kalangan netizen selepas pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus dilihat turut hadir di majlis tahnik tersebut.

Lantas, penyanyi berusia 42 tahun ini telah tampil memberikan kenyataan rasmi mengenai perkara tersebut kepada orang ramai menerusi akaun Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Jelas penyanyi yang sinonim lagu Anta Permana ini, dia dan keluarganya patuh kepada undang-undang negara dan sentiasa peka dengan isu semasa.

Bagaimanapun, Siti turut memohon maaf jika perkara ini telah menimbulkan rasa kurang senang kepada orang ramai.

Imbas kembali, Siti telah selamat melahirkan cahaya mata keduanya pada 19 April lalu di sebuah pusat perubatan di Selangor.

Untuk rekod, Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa telah pun melangsungkan perkahwinan mereka pada tanggal 21 Ogos 2006.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah pun dikurniakan cahaya mata pertama, Siti Aafiyah yang kini mencecah usia tiga tahun.

Foto: Instagram Siti Nurhaliza

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here