Penyanyi dan pelakon, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi atau lebih dikenali Elly Mazlein telah berkongsi kisah suka duka liku-liku kehidupannya ketika diundang sebagai tetamu jemputan rancangan Keringat Selebriti, di saluran Awesome TV. 

Di samping menceritakan latar belakang dirinya bersama penonton, Elly telah mengimbau kembali kisah penglibatannya dalam karier seni setelah lebih dua dekad diceburinya. 

Penyanyi yang sinonim dengan lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan ini memberitahu dia telah mula menceburi karier seni nyanyian seawal dia berusia 17 tahun.

“Saya mula ada album pertama ketika saya di tingkatan lima, kalau dikira balik saya dah ada dalam industri lebih 20 tahun, 

“Tapi sebelum saya ada album pertama tu, saya memang dah mula menyanyi di sekitar kawasan perumahan saya dekat Sitiawan, Perak dulu,” kongsinya. 

Menurut Elly lagi, lagu nyanyiannya yang berjudul Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan telah banyak membantu menaikkan namanya dalam industri selepas ia dilancarkan menerusi rakaman album keduanya, pada tahun 2000.  

Pada masa sama, Elly turut menceritakan sisi kehidupan rumah tangganya apabila mengenang kembali pemergian dan persana arwah ibunya.

“Mama selalu pesan, walaupun suami kita suka makan mi segera hari-hari, dia cakap tak apa masak mi segera pun tak apa. Tapi kita sebagai seorang isteri, tak boleh macam itu, 

“Kita kena siapkan yang terbaik untuk suami kita, kalau kita dah cuba buat yang terbaik tapi bukan rezeki kita dengan suami kita maknanya itu bukan jodoh kita. Saya dah cuba buat yang terbaik, mungkin bukan rezeki dan jodoh saya,

“Saya bersyukur sangat sebab Allah gantikan suami yang sangat baik. Saya tak pernah rasa apa yang suami saya buat ni untuk saya, anak dan bapa saya, 

“Anak saya Sefhia tak pernah rasa sentuhan, belaian seorang bapa dan saya pun tak pernah rasa berjalan dengan suami dan anak, saya tak pernah rasa semua tu sebelum ini, 

“Tapi Alhamdulillah Allah bagi saya peluang itu, dan saya tak minta apa- apa dengan suami. Saya cuma minta dia bahagia dengan saya, bertanggungjawab, sayang saya, anak dengan bapa saya dan kesetiaan dia,” luahnya sambil menitiskan air mata. 

Untuk rekod, Elly sebelum ini pernah berkahwin dengan pengarah, Azmi Hatta pada 2014, namun bercerai pada 2015 ketika hamil empat bulan.

Mereka dikurniakan seorang cahaya perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini sudah mencecah usia enam tahun.

Selepas itu, Elly mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Mohamad Azlan Che Noh pada 18 Januari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Haider Mateen, 4 bulan. 

Foto: Instagram Elly Mazlein 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here