Pelakon, Izreen Azminda yang kini sedang menjalani tempoh berpantang selepas bersalin cahaya mata ketiga ada berkongsi foto terkini bersama peminat.

Menerusi perkongsian di laman media sosial Instagram, Izreen atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam turut menitipkan kata nasihat kepada orang ramai untuk sentiasa bersyukur dan bersangka baik dengan setiap rezeki yang dikurniakan oleh Yang Maha Esa.

Dalam pada itu, Izreen berpendapat dengan sentiasa bersangka baik akan membuatkan kita lebih menghargai setiap nikmat yang diberikan oleh Allah SWT.

“Bersyukur & Sentiasa bersangka baik itu akan membuatkan kita lebih menghargai Nikmat yg ada.. Salam Jumaat semua…,” tulisnya.

Pada masa sama, rata-rata peminat turut memuji penampilan terkini Izreen yang tampak sudah kembali langsing meski baru sahaja bersalin pada..

“Peh ampa kuruihhhh dahhh,” tulis peminat.

“cepatnya mengecil dia ni…cer share caranya, nak try juga..semoga Allah lindungi dan rahmati selalu hendaknya. Bahagia di samping insan2 tersayang..,” puji seorang warganet.

“kuruihhh dah depa,” tulis lagi seorang wargamaya yang lain.

Terdahulu, pelakon berusia 33 tahun ini telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga yang diberi nama Ali Idrees pada jam 9.06 pagi 21 September yang lalu di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

Izreen mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Ude Wahid pada 8 Ogos 2019 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Aaron Ibrahim, 2 tahun.

Sebelum ini, Izreen pernah berkahwin dengan seorang jurukamera, Muhamd Riza pada 2012 sebelum memutuskan untuk bercerai pada 2014.

Hasil perkahwinan tersebut, Izreen dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Muhamad Adrian Umar, 5.

Foto: Instagram Izreen Azminda

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here