Pelawak, Shahrol Shiro ada memaklumkan telah turun padang dan bertemu dengan pelakon yang kini merangkap ahli politik, Datuk Dira Abu Zahar yang bakal bertanding Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim yang terletak di dalam parlimen Jasin, Melaka.

Shahrol juga telah berkongsi beberapa keping foto sewaktu bertemu empat mata dengan Dira atau nama lengkapnya Khaidiriah Abu Zahar di akaun media sosial Instagram miliknya.

Pada masa sama, Shahrol turut menceritakan tentang keperibadian Dira yang disifatkan sebagai seorang pemimpin bukan sahaja mudah didekati orang ramai malah bijak serta jelita.

“Setibanya di Melaka terus berjumpa calon N25 dun Rim Dira Abu Zahar @diraabuzahar .Perangai gila gilanya tak pernah berubah tetapi senang didekati.

“Bnyk perkara yg disembangkan terutama pembangunan di tempat beliau utk manfaat masyarakat disana Kesimpulannya she is not just beauty but with brain,” tulisnya.

Selain itu, pelawak berusia 37 tahun ini mendoakan agar ibu kepada seorang cahaya mata akan berjaya memperoleh kemenangan dalam PRN tersebut.

“Semoga sukses dira disana, sentiasa ingat nawaitu yg selalu awak sebut adalah utk membantu dan menyelesaikan masalah setempat agar mereka lebih sejahtera

“Mohon masyarakat di dun Rim dapat menyokong beliau dan pilihlah Calon no 3 iaitu Dira Abu Zahar utk kestabilan demi kemakmuran Melaka #BN4Malacca #SelamanyaBiru #PRNMelaka #AkuBudakKluang #PemudaUMNOKluang #KitaBangkit #NeverSurrender,” tulisnya lagi bersama dengan beberapa tanda palang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shahrol Azizie Azmi (@shahrol_shiro)

Foto: Instagram Dira Abu Zahar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here