Tidak dinafikan, untuk menggalas serta menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa bukan satu perkara yang mudah.

Pelakon Mia Ahmad misalnya, ada memberikan pendapat mengenai peranan ibu bapa dalam menjalankan tanggungjawab mendidik anak.

Kongsinya menerusi entri di akaun Instagram, Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi berpendapat figura seorang ayah amat penting dan harus memainkan peranan untuk mendidik anak.

Pada masa sama, ibu kepada dua orang cahaya mata ini meluahkan rasa syukur kerana memiliki seorang suami yang sentiasa membantu dirinya serta bertanggungjawab.

“Banyak perbualan ayah dan anak di dalam al-Quran yang menggambarkan betapa pentingnya kedudukan seorang ayah sebagai watak utama dalam mendidik anak.

“Dapat suami yang hands on, SYUKUR! Dapat yang pandai mendidik, BONUS! Ucap Alhamdulillah…,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mia Ahmad (@mia.ahm4d)

Terdahulu, Mia dan suaminya yang juga merupakan penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim, Izham Tarmizi telah pun mendirikan rumah tangga bersama pada tanggal 13 Januari 2017.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah dikurniakan dua cahaya mata yang diberi nama Sayf Issa, 3 tahun dan Iris yang kini baru berusia 1 tahun.

Foto: Instagram Mia Ahmad

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here