Artis versatil, Nabila Huda ada meluahkan pendapat bersama pengikut di laman media sosial Twitter miliknya.

Nabila atau lebih mesra dengan panggilan Abil berpendapat dan menasihati kepada golongan selebriti untuk menjadi dikenali ramai dengan bakat yang dimiliki.

Malah, pelakon berusia 36 tahun ini berharap golongan selebriti untuk terus disenangi oleh orang ramai dengan kebaikan yang dilakukan.

Dalam pada itu, ibu kepada seorang cahaya ini mengharapkan golongan selebriti ini berhenti untuk melakukan perkara yang boleh mendatangkan kebencian daripada orang ramai.

“Biar lah kite terkenal sebab bakat dan kerjaya atau kebaikan yang kite kite buat. Jangan lah kite terkenal sebab kebencian atau kesalahan yang kite buat. Sakit.,” tulisnya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa setuju terhadap perkongsian bintang drama bersiri Diva Popular ini.

Sebelum ini, anak kepada penyanyi rock terkenal Amy Search telah disahkan positif Covid-19 pada 11 Mei yang lalu dan masih menjalani tempoh kuarantin di kediamannya.

Foto: Instagram Nabila Huda

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here