Menerusi satu hantaran di akaun media sosial milik arwah penyanyi Siti Sarah Raissuddin, ada berkongsi perkembangan terkini anak bongsunya, Ayash Affan yang telah dilahirkan pramatang secara pembedahan pada 5 Ogos yang lalu.

Setelah lebih sebulan berlalu, Ayash dimaklumkan kini semakin sihat dan tidak banyak meragam.

Malah, adik-beradik Ayash yang lain juga turut berasa gembira dengan kehadiran ahli baru dalam keluarganya.

“Ayash Affan  Alhamdulillah, Ayash seorang baby yg x banyak meragam & sangat behave. Abang abang dan kakak sangat suka main dgn ayash, rebut2 nak jaga ayash.

“Syukur, sekarang Nenek Johor , Odey dan semua yg ada sama2 jaga ayash dengan baik. Kadang2 bila difikirkan, rasa sebak tu hadir, ayash membesar tanpa ibu, tapi itu semua ketentuan Allah yg dah lama tertulis di luh mahfuz.

“Arwah ibu pun kini berada di tempat yg lebih baik di sisi Allah. Semoga Ayash membesar menjadi anak soleh yang membanggakan arwah ibu, daddy & keluarga.

“Terima kasih semua followers kesayangan arwah ibu yg menyayangi ayash, sokongan yg anda berikan amat dihargai,” tulisnya di ruangan kapsyen entri berkenaan.

Terdahulu, Sarah yang telah disahkan positif Covid-19 terpaksa ditidurkan sebelum menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungannya yang mencecah usia tujuh bulan lebih awal, pada 5 Ogos lalu.

Kemudian, Sarah menghembuskan nafas terakhirnya di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada jam 5.13 pagi, 9 Ogos.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, jam 1.20 tengah hari, pada hari sama.

Foto: Instagram Siti Sarah, Shuib

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here