Buat pertama kalinya juara bagi Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36) bakal menerima hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 beserta trofi Juara Lagu yang bersalut emas.
Pada masa yang sama, trofi AJL 36 tahun ini telah diubahsuai untuk tampak lebih eksklusif dengan mengekalkan reka bentuk asal berupa ‘not muzik’ yang telah digunakan sepanjang 35 tahun Anugerah Juara Lagu diterbitkan.

Pengubahsuaian ini adalah di bahagian pangkalannya yang kelihatan lebih tinggi dan memudahkan pemenang untuk menggenggam trofi kejuaraan mereka dengan lebih yakin.

Trofi Juara Lagu ini pasti menjadi aspirasi kepada finalis AJL 36 dan menjadi lambang kemegahan acara berprestij terbesar negara ini.

Siapakah juara bertuah yang bakal menggenggam wang tunai RM100,000 dan trofi Juara Lagu bersalut emas ini nanti?

Jangan lupa saksikan Anugerah Juara Lagu 36 pada 6 Mac 2022 (Ahad), bersiaran langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, jam 9.00 malam di TV3 dan strim secara langsung di www.anugerahjuaralagu.com , www.tonton.com.my, dan Youtube TV3 Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here