Baru-baru ini, penglibatan penyanyi Aliff Aziz dalam program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) sentiasa mendapat perhatian daripada para penonton.

Malah, hampir setiap minggu ada juga yang sering memberikan kritikan dan komen negatif terhadap persembahannya sepanjang program berkenaan berlangsung.

Meski begitu, isteri kepada penyanyi lagu Sayang-Sayang ini bersyukur dan tetap berasa bangga dengan pencapaian suaminya yang telah berjaya mara ke peringkat separuh akhir GV8.

“Syukur Alhamdulillah @iamaliffaziz dapat rezeki untuk ke Semi final @gegarvaganzaofficial 8,

“Proud of you love! Just do your best, buat yang terbaik pun ada yang tak suka apatah lagi kalau ada tersilap. Lumrah kehidupan.
We can never please people. Ignore and move on,

“Rezeki Allah s.w.t dah susun & tetapkan. kita hanya menjalani. Yang penting setiap lagu yang awak dapat awak buat dengan ikhlas dan jujur ya,

“P/s: I really hope awak dapat tamil song atau opera song, tp kalau awak boleh nyanyi nanti org kata senang juga,” tulisnya panjang lebar menerusi satu entri di akaun Instagram miliknya.

Untuk konsert mingguan seterusnya , Aliff bakal menyampaikan dua buah lagu yang akan digabungkan berjudul Lay Me Down nyanyian asal Sam Smith dan Sesuatu Janji nyanyian Taufik Batisah.

Foto: Instagram Bella Astillah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here