Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi Ifa Raziah dikecam netizen selepas didakwa telah membatalkan janji temu vaksinasinya oleh kerana tidak mendapatkan vaksin jenis keluaran jenama Pfizer.

Lalu, Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah telah tampil memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

Menurut Ifa, dia terpaksa berbuat perkara sedemikian kerana dirinya mengalami masalah alahan terhadap beberapa ubatan.

Jelasnya, masalah alahan tersebut berkemungkinan boleh memberikan kesan buruk terhadap tubuh badan dirinya.

“Ini senarai ubat-ubatan saya yang saya tak boleh ambil, tak boleh terima dekat badan saya. Faham tak? Bila saya ambil jenis ubat-ubat ni, walaupun saya makan Panadol pun saya tak boleh bernafas,

“Buat surat, tukar daripada Sinovac kepada Pfizer. Ini suratnya yang doktor sendiri tulis dan doktor menyesahkan. Ini tandatangan doktor, bukan aku yang tandatangan, faham tak?

“Ini surat pembatalan saya, dia yang tulis. Bukan saya yang mengada-ngada,” katanya.

Foto: Instagram Ifa Raziah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here