Baru-baru ini, terdapat seorang individu telah memuat naik satu rakaman video di akaun media sosial Facebook sewaktu menerima hadiah istimewa daripada selebriti terkenal, Rozita Che Wan atau lebih diketnali sebagi Che Ta. 

Menerusi rakaman video tersebut, pemilik akaun yang bernama Azim Wahab telah menerima hadiah berupa sebiji kek istimewa berbentuk lensa kamera berserta sebotol minyak wangi berjenama antarabangsa. 

Individu berkenaan telah menerima hadiah istimewa tersebut yang disampaikan oleh pembantu peribadi Che Ta. 

Bukan itu sahaja, perkongsian tersebut turut kelihatan kenderaan yang dinaiki oleh pembantu peribadi terbabit iaitu sebuah kereta jenama Haval.

Mencuri tumpuan ramai, apabila tertera nombor pendaftaran ‘RQ2174’ di kereta berwarna merah itu yang seakan kelihatan seperti nama ROZITA. 

Foto: Facebook Azim Wahab

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here