Pelakon, Liyana Jasmay ada berkongsi cerita setelah hampir 10 tahun mengenali suaminya, Fathuddin Mazlan.

Di samping mengimbau kembali kenangan bersama pengikut di laman media sosial Instagram miliknya, Liyana meluahkan rasa syukur kerena memiliki pasangan hidup yang sentiasa memberi sokongan kepada dirinya.

Selain itu, pelakon berusia 33 tahun ini memberitahu suaminya tidak pernah menghalang untuk dirinya mencapai semua impian dan kejayaan dalam kerjaya yang diceburinya.

Lalu, bintang filem Papadom ini menasihati kepada orang ramai untuk mencari pasangan hidup yang sentiasa memberi sokongan antara satu sama lain.

“Dia dtg visit masa kita study tahun 2012. Rasa macam nak ambil short course lagi tahun depan. To enrich myself more and more. I want to expand my horizon of thinking.

“Meet new people , make new connections and find amazing inspirations. Learning is never enough for me. There is always room for me to brush up and improve.

“Hoping for a better year next year 2022. Also so grateful to have a supportive partner who never stops me to fulfill my dreams. Find a partner who loves to see you achive great things,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by liyanajasmay (@liyanajasmay)

Sekadar informasi, Liyana telah mendirikan rumah tangga bersama Fathuddin Mazlan pada 2 Februari 2013.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan Sofia Arissa, 7 dan Selena,5.

Foto: Instagram Liyana Jasmay

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here