Penyanyi dan usahawan, Datuk Nora Ariffin meluahkan rasa kesal apabila ada segelintir pihak yang memberikan komen negatif dan tuduhan yang tidak berasas mengenai status dirinya yang kini bergelar sebagai ibu tunggal.

Jelas penyanyi yang sinonim dengan lagu Di Persimpangan Dilema ini, dia tetap menjalani kehidupan seperti biasa meski sudah empat tahun bergelar ibu tunggal.

“Assalamualaikum buat semua yg dihormati.Menyentuh tentang isu terkini, ingin saya memberi sedikit penjelasan.Sungguhpun saya telah kehilangan arwah suami, janganlah memfitnah & menuduh saya bukan2.Ianya tidak benar.

“Dari 4 tahun lalu, hingga ke hari ni, hidup saya tetap sama saja, tetap meneruskan perjuangan demi masa depan anak2.

“Kerja siang mlm, kehulu kehilir cari rezeki utk menyara keluarga, bukan mencari umpan besar.Saya tidak terfikir sama sekali untuk hidup mewah dgn jalan pintas.

Saya akui bila kena manage diri sendiri, mmg saya terpaksa ‘deal’ berurusan & bertemu dgn ramai org serta semua golongan, mcm2 kerenah manusia.

“Semuanya mematangkan saya tentang kehidupan.Allah saja yg tahu, apa yg harus saya lalui.

“Apa pun mmg JODOH, REZEKI & AJAL ditangan Allah. Andai kata direzekikan Allah swt, saya akan maklumkan, Bina masjid benda yg baik. Berkahwin adalah sunnah & ibadah.
Sama2 doakan yg baik- baik.

Moga ramadan kita kali ini lebih bermakna. Jommm sama2 pertingkatkan amalan kita menjelang 10 ramadan akhir ini.Salam dari NORA ARIFFIN,” tulisnya,

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin)

Imbas kembali, Nora mendirikan rumah tangga bersama Allahyarham Johan Nawawi pada tahun 1992 dan dikurniakan 4 orang cahaya mata.

Selepas itu, Nora kehilangan suami tercinta pada 24 Mac 2017 serta anak keduanya, Muhammad Syakir Alif Johan meninggal dunia pada 14 Disember 2019.

Foto: Instagram Nora Ariffin

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here