Pelakon, Mona Allen telah diundang sebagai tetamu jemputan untuk memberikan pendapat serta membincangkan topik bertajuk ‘Hutang Atau Wayang’ bersama penonton rancangan Wanita Hari Ini, TV3, pada Isnin.

Di samping mengupas isu ‘hutang’ itu bersama hos Fahrin Ahmad dan Hawa Rizwana Ridzuan, aktres berusia 36 tahun ini ada berkongsi pengalaman yang pernah dilaluinya sebelum ini.

“Tipu lah kalau kata tak ada pengalaman, saya rasa semua orang mesti akan ada pengalaman dihutang. Apa pengalaman saya, kita sebaiknya untuk tidak membuka aib orang lain, tapi sejujurnya pernah,

“Bila kita minta hutang tu macam biasa lah, sekali kita minta, dua kali kita minta masih tak bayar, tak akan kita nak minta untuk kali yang ketiga pula kan?,” katanya.

Dalam pada itu, isteri kepada pelakon Pekin Ibrahim ini turut menceritakan ragam serta gelagat segelintir orang sekelilingnya yang pernah meminjam wang dan berhutang dengan dirinya.

“Kadang-kadang tu bila kita lihat akaun Instagram dia, kita tengok dia tengah pergi bercuti lah, beli barang-barang mahal dan sebagainya,

“Kemudian, saya jadi macam tak tahu nak buat apa selepas saya lihat benda-benda macam. Akhirnya, saya hanya mampu lihat dan mendiamkan diri sahaja,” katanya lagi.

Di samping Mona, penyanyi Fazli Zainal turut diundang sebagai tetamu jemputan menerusi rancangan yang bersiaran langsung di TV3 itu.

Foto: Instagram Mona Allen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here