Meski baru berusia 2 tahun, anak kepada selebriti dan usahawan terkenal, Hanis Zalikha iaitu Alisa Aisyah kini dilihat semakin bijak dan petah bertutur.

Menerusi rakaman video yang dikongsi di laman media sosial Instagram, Alisa juga kelihatan sangat pintar apabila bertutur dalam bahasa Inggeris dengan lancar.

“Working from home trying out all the new cosmetic samples when oh my goodness your mouth is all brown came to interrupt,” tulisnya dalam bahasa Inggeris.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha)

Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat memuji kecomelan Alisa dan menyifatkan anak kepada bintang berusia 30 tahun itu sangat pintar.

“Comel betul geram tgk cara dia bercakap tu keletah ..,” puji seorang peminat di ruangan komen.

“Masyaallah comel larrr!!!!,” tulis seorang warganet yang lain.

“pandai la dia tu!!!! eeee alisa ni,” puji lagi seorang warganet

Sekadar informasi, Hanis telah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Hairul Azreen pada 8 Jun 2015.

Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Yusuf Iskandar, 4 tahun dan Alisa Aisyah, 2 tahun.

Foto : Instagram Hanis Zalikha

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here