Vokalis kumpulan Kristal, Mohd Rodi Baharuddin atau lebih dikenali sebagai Rody ada berkongsi perkembangan terkini dirinya serta anak selepas disahkan positif Covid-19 pada 6 Jun lalu.

Rody memaklumkan bahawa dia sekeluarga kini sudah sembuh dan bebas daripada jangkitan wabak tersebut.

Lalu, bapa kepada dua orang cahaya mata ini memanjat rasa syukur bersama pengikut di laman media sosial Instagram miliknya.

Bagaimanapun, Rody memberitahu anak keduanya masih mengalami masalah semput di bahagian pernafasan.

“Alhamdulillah.. kami di antara yg terpilih di uji Allah.. sekeluarga di jangkiti covid19.. Lepas sorang – sorang positif.. kami saling sama memberi semangat sebab simptom bergejala..

“sakit hanya Allah yg tau.. Alhamdulillah sekarang kami semua dah kembali sihat.. cuma anak yg kecil masih ade semput.. mlm je dgr accordian..

“nasib baik dibekalkan ubat.. doakan mak dan ayah masih di pkrc dan hospital.. mereka pun makin sembuh.. terima kasih semua kawan2,makcik pakcik yg memberi sumbangan,yg berani dtg hantar barangan walaupun luar pagar,bawakan anak ke hospital dan yg bg semangat..

“terima kasih korang semua! Baru kita tau siapa kawan yg ikhlas.. jaga diri n staysafe ya semua!! #covidfighters #covidisreal,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by official rody kristal (@rodykristal)

Untuk rekod, Rody mendirikan rumah tangga bersama Niena Azman pada tanggal 27 April 2018.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Adithya Jabbar dan Barie Habibullah yang baru sahaja lahir pada 6 Julai tahun lalu.

Foto: Instagram Rody Kristal

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here