Tahniah diucapkan kepada pelakon Datin Lisa Surihani yang telah selamat melahirkan cahaya mata ketiganya pada jam 2.30 pagi tadi.

Khabar gembira mengenai bayi lelaki tersebut telah dikongsikan oleh suaminya, pengarah terkenal Datuk Yusry Abd Halim menerusi akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Yusry memberitahu isteri serta bayi berada dalam keadaan baik lalu meluahkan rasa syukur atas kurniaan cahaya mata ketiganya itu.

“Alhamdulillah. Lisa telah selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 2.30 pagi tadi. Baby & Mummy kedua-dua dalam keadaan baik. Syukur.

What a birthday present. Welcome to the world Junior!,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yusry Abdul Halim (@yusryabdhalim)

Sekadar informasi, pasangan ini telah berkahwin pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan dua orang anak bernama Yahaira Leanne dan Yusof Leonne.

Yusry sebelum ini pernah berkahwin dengan Erra Fazira pada 2003, namun rumah tangga mereka hanya bertahan tiga tahun tanpa dikurniakan cahaya mata.

Foto: Instagram Lisa Surihani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here